Mengambil berkat penghulu segala hari, di hari Jumaat yang mulia ini kami tekad meneruskan Agenda Pemerkasaan Zakat di bumi Universiti Malaya, Bahagian Zakat & Wakaf, UM Giving Centre (formerly known as Unit Zakat, CARIA) telah menganjurkan Sesi Taklimat Zakat di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Pentadbiran, Puan. Sarinah Salip, Sahabat² Zakat dan Warga Fakulti Perubatan serta Fakulti Farmasi dan Fakulti Alam Bina yang turut hadir memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakannya taklimat ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada sahabat-sahabat dari PPZ-MAIWP yang sentiasa menyokong usaha murni kami ini.
Bahagian Zakat & Wakaf, UM Giving Centre (formerly known as Unit Zakat, CARIA) telah menganjurkan Sesi Taklimat Zakat di Fakulti Sukan & Sains Eksesais (FSSE), Universiti Malaya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Fakulti, Puan. Masturina binti Sidek, Sahabat Zakat dan Warga FSSE yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakannya taklimat tersebut. Tidak lupa juga sahabat-sahabat dari PPZ-MAIWP yang sentiasa menyokong usaha murni kami.
Bahagian Wakaf & Zakat, UM Giving Centre (formerly known as Unit Zakat, CARIA) telah menganjurkan Sesi Taklimat Zakat di Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dekan, Profesor Dr. Zamri Radzi, Sahabat Zakat dan Warga Fakulti Pergigian yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakannya.
Pusat Hubungan Alumni (Centre for Alumni Relations) menerima kunjungan khas dari Magician, Alumni Universiti Malaya, En. Ameerul Hazeeq ke Pejabat CARIA Universiti Malaya. Beliau adalah Graduan UM dalam bidang Sains tetapi mempunyai kemahiran istimewa bermain silap mata. Beliau berbesar hati untuk menyumbang kembali kepada Alma Mater Universiti Malaya melalui program Elite@UM. Turut dibincangkan ialah peluang kerjasama untuk mewujudkan kursus kokurikulum "Silap Mata" untuk pelajar Universiti Malaya.
Pusat Hubungan Alumni (Centre for Alumni Relations) telah melakukan Kunjungan Hormat dan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Jaringan Alumni UiTM (ANC) ICAN UiTM Shah Alam. Alhamdulillah banyak yang dapat dipelajari dari pihak ANC UiTM khususnya dalam aspek Pengurusan Alumni mereka yang jumlahnya begitu ramai. Kami juga berkongsi-kongsi maklumat dan amalan terbaik masing-masing untuk manfaat kedua-dua buah Universiti iaitu Universiti Malaya dan UiTM.
Pusat Hubungan Alumni (Centre for Alumni Relations) menerima Kunjungan Hormat Alumni Universiti Malaya, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Razali Agus di Pejabat CARIA Universiti Malaya. YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Razali Agus bersama YBhg. Prof. Dr. Mohamad Rom Tamjis bertemu dengan YBhg. Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya di pejabat beliau untuk sesi perbincangan sumbangan kembali Alumni kepada Universiti Malaya. Semoga perbincangan untuk menyumbang kembali kepada Alma Maternya, Universiti Malaya membuahkan hasil untuk manfaat warga kampus UM.
Pusat Hubungan Alumni (Centre for Alumni Relations) Menerima Kunjungan Hormat dari Lembaga Zakat Selangor. Alhamdulillah, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) secara prinsipnya bersetuju untuk melantik Zakat Universiti Malaya sebagai Penolong Amil mereka mulai tahun 2024. InsyaAllah kolaborasi yang terjalin ini akan memberikan manfaat kepada Warga Universiti Malaya khususnya Pelajar dan Staf.
Pusat Hubungan Alumni (Centre for Alumni Relations) membuat Kunjungan Hormat ke Tabung Haji Wilayah Persekutuan, KL Sentral. InsyaAllah kolaborasi yang terjalin akan memberikan manfaat kepada Warga Universiti Malaya khususnya Pelajar dan Staf. Pihak Tabung Haji (TH) juga bersetuju untuk hadir ke kampus Universiti Malaya bagi membuka kaunter perkhidmatan mereka mulai bulan Januari.
Pusat Hubungan Alumni (Centre for Alumni Relations) telah mengadakan perbincangan bersama Dermawan, YBhg. Puan Sri Norma Hashim untuk memberi sumbangan kepada Pelajar Universiti Malaya pada tahun 2024. Alhamdulillah, YBhg. Puan Sri Norma Hashim sudi memberi sumbangan melalui Biasiswa & Dermasiswa kepada Pelajar Universiti Malaya. Terima kasih YBhg. Puan Sri Norma Hashim atas sumbangan yang besar maknanya kepada kami, warga UM.
Pusat Hubungan Alumni (Centre for Alumni Relations) dan Perpustakaan Utama Universiti Malaya telah mengadakan perbincangan bersama pihak Penderma untuk melaksanakan projek penambahbaikan kemudahan dan fasiliti pada tahun 2024. Alhamdulillah, Alumni UM dan keluarganya sudi memberi sumbangan untuk membiayai penukaran karpet baharu di Surau Lelaki & Perempuan, Perpustakaan Utama Universiti Malaya
Assalamu'alaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan Khas Warga Universiti Malaya (UM) di Balai Ungku Aziz (BUA), Fakulti Pergigian UM. Kempen berkenaan telah berlangsung selama 3 bulan bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2023, khas buat kakitangan UM, untuk mula, tambah dan tukar potongan gaji zakat ke PPZ-MAIWP. Alhamdulillah bantuan zakat telah diagihkan seperti berikut: ✅RM742,300.00 bantuan zakat kepada 529 orang asnaf pelajar. ✅RM90,000.00 bantuan zakat kepada 146 orang asnaf staf. ✅RM231,000.00 bantuan zakat bagi naik taraf dan penyelenggaraan surau-surau di kolej kediaman. Seramai 39 staf telah dilantik menjadi sahabat zakat UM yang berperanan sebagai sumber rujukan mengenai info zakat oleh kakitangan UM. Dengan berlangsungnya kempen ini, semoga lebih ramai dapat menunaikan zakat melalui potongan gaji di UM agar dapat menyantuni lebih ramai asnaf dalam kalangan warga UM 🤗 Ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada PPZ-MAIWP atas segala sokongan dan bantuan zakat untuk dimanfaatkan oleh warga UM. #MemudahkanAndaBerzakat #TerimaKasihPembayarZakat #MAIWP #umisone #um
Last Update: May 27, 2024, 10:54 p.m.